Ahad, 15 September 2013


TINGKATKAN KESEDARAN TENTANG
 PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR DI SEKOLAH






KONSEP 3R











Ahad, 22 Julai 2012

APA ITU 3R

AMALAN 3 R




Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.
Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya. 
  1. Reduce – Pengurangan
    Hanya beli apa yang diperlukan:
    Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
  2. Beli produk yang boleh diguna semula:
    Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
  3. Beli pencuci serbaguna:
    Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
  4. Beli barangan yang kurang bungkusan:
    Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
  5. Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
    Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
  6. Beli produk tidak bertoksik:
    Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
  7. Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
    Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.
Reuse – Guna Semula
  1. Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
  2. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
  3. Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
  4. Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
  5. Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
  6. Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
  7. Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.
Recycle – Kitar Semula
  • 1 Kitar semula di rumah:
    • Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
    • Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
    • Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
  • Mengitar semula di laman anda:
    • Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
    • Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.
  • Mengitar semula di sesebuah komuniti:
    • Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
    • Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
    • Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.

FOLIO HIJAU 2012

PENYAMPAIAN HADIAH FOLIO HIJAU 2012

Sepanjang penglibatan pelajar dalam menyiapkan folio Hijau anjuran bersama UEM Land dan UKM beberapa pelajar telah menerima hadiah tempat Pertama hingga Ke-5.  Syabas untuk para pelajar atas komitmen yg tinggi disamping kesedaran yang dipupuk bersama-sama ibu bapa dan komuniti.


SEPANJANG 2011



LAPORAN PROGRAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
SEKOLAH KEBANGSAAN NUSA PERINTIS 1

1.         Nama Program         :PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN KITAR SEMULA

2.         Tarikh                         :21.3.2011 hingga  31.3.2011

3.         Hari / Masa                : Setiap hari jam 1.30 hari.

4.         Tempat                       :SK Nusa Perintis 1

5.         Objektif                       : Memberi kesedaran pelajar agar cintakan alam sekitar,
  dan memahami penggunaan bahan kitar semula.

6.         Sasaran                     : Semua pelajar dan guru-guru

7.         Butiran aktiviti           :Aktiviti ini berjalan selama 2 minggu dengan aktiviti
mengumpulkan bahan-bahan kitar semula yang dikumpulkan di dalam kelas-kelas.  Guru-guru kelas turut sama mengumpulkan bahan-bahan kitar semula untuk dihantar ke pusat pengumpulan yang telah ditetapkan.  Pertandingan antara kelas-kelas di adakan dan kelas yang banyak mengumpulkan bahan akan dipilih sebagai pemenang. Ibu bapa telah dimaklumkan dengan menghantar surat siaran memohon sumbangan berupa bahan-bahan kitar semula. Bahan-bahan yang telah dikumupulkan kemudiannya diasingkan dan dijual kepada pengusaha bahan kitar semula.  Hasil jualan bahan kitar semula adalah sebanyak RM212.00 .  Kelas yang berjaya dikira dari tempat pertama hingga kelima.
Berikut adalah keputusan pertandingan:
Tempat 1 – Kelas 2 Bakawali
Tempat 2 – Kelas 1 Cempaka
Tempat 3 – Kelas 4 Anggerik
Tempat 4 – Kelas 4 Bakawali
Tempat 5 – kelas 2 Cempaka
Hadiah  kepada kelas-kelas adalah menggunakan wang hasil jualan. 






PROGRAM SEKOLAH HIJAU 2011


LAPORAN  PROGRAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
SEKOLAH KEBANGSAAN NUSA PERINTIS 1/2011

1.         Nama Program         :Program Sekolah Hijau

2.         Tarikh                         :13 September 2011

3.         Hari / Masa                : 8.00 pagi

4.         Tempat                       :Bangunan Sultan Ismail Kota Iskandar Nusajaya Johor

5.         Objektif                       : Memberi kesedaran pelajar agar cintakan alam sekitar,
  dan memahami penggunaan bahan kitar semula.

6.         Sasaran                     : Murid tahap 2

7.         Butiran aktiviti           :Majlis Penutupan Program Sekolah Hijau UEM LAND –
UKM telah diadakan dan dilancarkan di Bangunan Sultan Ismail , Kota Iskandar Nusajaya Johor.   Majlis ini adalah sambungan daripada Program HIjau Fasa 2 yang telah diadakan bermula pada 21 Mei 2011 .  Program bermula dengan bengkel yang diadakan untuk guru-guru dan kemudiaannya  disambung dengan aktiviti murid.  Antara aktiviti murid ialah :
·         Menyukat suhu di bawah teduhan pokok dan di luar kawasan.
·         Menyukat jumlah air hujan di bawah teduhan pokok dan di kawasan lapang
·         Pertandingan FOLIO HIJAU UEM-UKM Land antara sekolah-sekolah daerah Gelang Patah.
·         Program Pengkomposan Sisa Makanan
Sepanjang program dijalankan murid-murid sangat gembira dapat melibatkan diri secara langsung apabila setiap murid dari tahun 4 hingga 6 dapat melengkapkan Folio Hijau bersama guru dan ibu bapa. 

8.         Penilaian Program  : Seramai 5 orang murid telah berjaya mendapat tempat
  Pertama hingga Kelima .  Beriktu ada senarai   
  pemenang:
·         Nurul Farahwahida Mohd Nor Azman (5A)
·         NorSyhada Baharudin (5 Bakawali)
·         Noriman bin Abdullah (5 Bakawali)
·         Putri Syaqina (4 A)
·         Risca Roshana Roslee(4B)
  Majlis Penyampaian hadian telah disempurnakan oleh 
  Y.A.B Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman (Menteri
   Besar Johor)

8.1 Kekuatan Program        : Menarik minat pelajar untu mengetahui cara      
  menyelamatkan bumi dan menanamkan sikap
   mencintai alam sekitar.Disamping itu FOLIO
  HIJAU dapat melibatkan ibu bapa sama untuk 
  memupuk kesedaran bermula dari rumah lagi.

            8.2 Kelemahan Program    : Jadual Pelaksanaan dari Pihak UKM-UEM Land
  terlalu terhad dari segi masa yang diperuntukkan.  
   Penglibatan guru juga kurang.

8.3 Cadangan Penambahbaikan : Penglibatan semua guru amatlah
diperlukan bagi menjayakan program ini.  
Tidak hanya tertumpu      pada beberapa
orang guru sahaja.













SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE LAMAN 
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 
SK TAMAN NUSA PERINTIS 1


Blog ini bertujuan untuk :


  • Memupuk nilai murni mencintai alam semulajadi dan penghasilan bumi hijau dikalangan warga sekolah.
  • Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui program Bumi Hijau.
  • Mewujudkan suasana sekolah yang cintakan alam sekitar , sentiasa menjaga keceriaan , kebersihan dan kehijaun di seluruh kawasan sekolah.





Semoga kesedaran dapat dipupuk terhadap warga SKTNP1.